UMNO RANTAU PANJANG PERLU BERUBAH
“Umno Rantau Panjang
perlukan sesuatu yang baru, berubah dari tahap lama ….tiada apa yang istimewa
selama ini. Ketua mesti ditukar…agenda peribadi melebihi kehendak akar umbi
selama ini”, itulah luahan kebanyakan ahli menjelang mesyuarat
agongnya Oktober ini, samada di kedai kopi atau di mana-mana sekalipun.
Pelbagai pandangan dan luahan sepanjang tinjauan dibuat,
hakikatnya lebih 40 tahun ahli-ahli merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Ramai yang mencadangkan agar pucuk pimpinan ditukar, nafas
baru harus diberi bagi mentranformasikan parti, seterusnya bagi memenangi
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
Ekoran itu pelbagai manifesto dikeluarkan oleh calon-calon
yang bakal bertanding dan tidak kurang juga mengekalkan agenda lama bagi
penerusan kuasa dengan pelbagai slogan seperti ‘Mudoh Baso Sener Kiro’.
Antara yang bakal memberi tentangan hebat ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Shaari Mat Hussin yang
berpengalaman lebih 18 tahun berkecimpung dalam parti.
Kekalahan Barisan Nasional Menjadi Dorongan
Kata beliau kekalahan Barisan Nasional
(BN) dalam pilihan raya umum yang lalu menjadi pendorong kenapa menawarkan diri
bertanding, bagi membolehkan
parti merangka strategi lebih menyeluruh menghadapi PRU akan datang.
Shaari Mat Hussain |
Agenda yang akan dibawa Shaari tidak berapa jelas, cuma
menyebut meneruskan perjuangan parti bagi membela kepentingan rakyat terutama
masyarakat di Rantau Panjang.
Selain Shaari, golongan yang megelarkan diri mereka pengerak
tranformasi juga bakal memberi cabaran yang sengit dengan slogan ‘Pilihlah
Perubahan dan Pembaharuan, Pilihlah Tranformasi’ dengan agenda ‘Tolak Politik
Wang, Tolak politik Perpecahan, Tolak Politik Undur Ke Belakang’, mesej jelas
yang ingin disampaikan kepada ahli ‘Jika hari ini anda dibeli, maka hari esok
anda akan dijual’
Peneraju kumpulan ini ialah AJK Bahagian, Mohamad Che’I atau
lebih dikenali dengan Cikgu Mat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh
yang juga merupakan Ketua Cawangan Cabang Tiga.
Golongan Profesional
Khabarnya beliau yang berkecimpung dalam arena politik
kira-kira 20 tahun tidak keseorangan, di belakang tabir ramai golongan
profesional, ahli perniagaan, pendidik dan lain-lain lagi. Mereka merupakan anak
tempatan yang mengukir nama dalam pelbagai bidang, banyak menyumbang ide kepada
percambahan minda bagi merealitikan hasrat akar umbi ke arah Rantau Panjang
Baru.
Mohamad Che’I |
Kedua, untuk cawangan Umno dalam bahagian – pengiktirafan
kepada kedudukan ketua cawangan, ahli cawangan didahulukan dan pengundi
diutamakan, pertemuan secara berkala pemimpin bahagian dan cawangan,
keterbukaan dalam memberi pandangan dan pendapat, dan mengwujudkan sistem
cawangan angkat.
Ketiga, untuk Pusat Daerah Mengundi dalam Dun dan Parlimen –
penubuhan awal dan ada plan jangka panjang, sistem pengumpulan maklumat dan
data lebih efisyen, sesi bimbingan dan motivasi kerja secara berterusan,
meningkat upayakan kemahiran pengurusan, agihan maklumat dan info terkini.
Keempat, untuk DUN Gual Periok, Bukit Tuku dan Meranti – sesi
brainstorming/pos mortem, penekanan kepada penyatuan dan penyusunan,
perancangan program yang mesra berkesan dan telus, pemilihan kepimpinan DUN yang
menepati aspirasi dan penyelarasan dalam agihan peruntukan.
Mekanisme Baru
Kelima, untuk Parlimen Rantau Panjang – perlantikan pegawai
sokongan yang berwibawa, mengwujudkan strategi bagi meningkatkan undi, gerakan
secara lebih tersusun dan menyeluruh, bersifat terbuka, membina dan berdaya
saing, bermaklumat, prihatin dan berketrampilan.
Transformasi Politik |
Keenam, untuk Kelantan dan Kerajaan Pusat – mekanisme baru
membantu Pengerusi Perhubungan Negeri, bersedia dibimbing, dilatih dan
mempraktikkan, menyebar luaskan info pihak kerajaan pusat, bersedia ke arah
mencapai majoriti 2/3, meletakkan kepentingan parti melebihi diri.
Manakala calon-calon lain yang bertanding terutama penyandang
Datuk Abdullah Mat Yassim dan bekas ketua bahagian Datuk Mohd Zain Ismail
kelihatan agak sibuk dengan agenda masing-masing.
Bagi mereka, populariti yang dimiliki di bahagian sudah cukup
untuk didendangkan sebagai senjata utama bagi meraih undi pada pemilihan nanti.
Jasa yang telah mereka taburkan sebelum ini merupakan satu sandaran, itulah manifesto
yang dibawa dengan penuh yakin untuk melangkah ke gelanggang.
Nafsu Besar
Malah ada di antara mereka yang bertanding telah pun melantik
kabinet bayangan dengan melantik Penggawa dan Penghulu semata-mata
untuk meraih sokongan. Mungkin ini adalah salah satu manifesto yang dibawa
sejak turun temurun, bagi memastikan ‘nafsu besar’ itu tercapai.
Politik Wang |
Sesetengahnya amat berbudi sekali dengan menawarkan duit
minyak kepada ahli-ahli yang berada di luar cawangan semata-mata untuk
mencukupkan korum mesyuarat cawangan pada 13 September ini.
Segala-galanya ini dilakukan demi kuasa, itulah manifesto yang
perlu diutamakan, berbakti kepada mereka dengan harapan agar setiap 10 sen yang
diberi bakal menghasilkan 20 sen.
Sekiranya fenomena ini masih berleluasa
berlaku, tidak mustahil Umno bahagian bakal menerima nasib yang sama seperti
apa yang berlaku pada 22 Julai, 2010, apabila Majlis Tertinggi Umno memutuskan
pengurusan dan pentadbiran UMNO Bahagian Rantau Panjang diambil alih oleh badan
perhubungan negeri. Sejarah tidak pernah melupakan ahli-ahlinya, hanya ahli-ahli
yang alpa tentangnya. – Husin Albi
Pakcu berkenang benar kalu boleh puak UMNO ni jangan dok kekah betis sama sendiri. Dari dulu sampai loni kalu ada pertandingan Bahgaian tak dak kira lain pasang rakit puak masing-masing dan tetak rakit gu lawan.
ReplyDeleteBukan setakat ngudi Bahagian ngudi PRU hak besar pun dok tetak betis sama sendiri. Biar gu lawan menang asal puas hati tak ko ..rugi tu?
Pas bukannya kuat sangat tapi tupang tuah "penyakit berdengki" dan tak khabar ko diri tu yang buat UMNO rebah makan tanah.....sampai ko loni tak sendek2.
Buat perubahan jika UMNO nak naik semula....kalu tidak sampai ko bila-bila dok lagu tu..sokmo-sokmo.....walahualam
CASINO GAMES | Win BIG on Casino GAMES | GongChin
ReplyDeleteGAMES 아 샤벳 in casino games is a 비트코인갤러리 popular gambling game that is played with family members and friends. However, they are mobile bet365 very similar 엠비 션 주소 to real mobile bet365 casino gambling.