APEK TEROMPAH PERINTIS INDUSTRI KECIL SEDERHANA (IKS) DI RANTAU PANJANG…
Berseluar pendek biru tanpa baju serta bercermin mata, duduk
di atas sebatang kayu yang dipotong paras betis, dia tekun melakar pensilnya di
atas kepingan kayu bulat.
Lelaki berbangsa
Cina ini mula menetap di Rantau Panjang sekitar lewat tahu 1960an. Rutin
hariannya menyiapkan seberapa banyak terompah dari kayu pulai dikedainya
berhadapan ‘pam minyak Ismail’ bersebelahan Othman Restoran.
‘Apek Terompah’
itulah gelaran yang diberi oleh penduduk tempatan, bertubuh kecil, petah
bercakap Melayu dialek tempatan, kemana dia pergi tidak pernah ada baju
membaluti tubuhnya yang putih melepak.
Pada peringkat
awal terompah yang dihasilkannya hanya untuk masyarakat Cina yang menetap dan
berniaga di sini. Salah seorang pemakai setianya ialah Chee Kat atau lebih
dikenali dengan Wah Cheong Tailor.
Lama kelamaan terompah hasil buatannya mula mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan dan luar, banyak digunakan di madrasah-madrasah untuk berwuduk seperti di Madrasah Kaler Buta atau Tok Wan Mahmood.
Lama kelamaan terompah hasil buatannya mula mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan dan luar, banyak digunakan di madrasah-madrasah untuk berwuduk seperti di Madrasah Kaler Buta atau Tok Wan Mahmood.
BAU WANGI
Lazimnya pokok
pulai mengeluarkan bunga yang wangi terutama pada lewat malam, baunya yang
harum mengingatkan akan cerita mitos hantu langsuir keluar mencari mangsa.
Itulah cerita
warisan yang diperturunkan sejak zaman berzaman oleh masyarakat Melayu dahulu
bagi mengelakkan anak-anak keluar malam.
Cerita sebegini
bukan saja terpahat di kalangan kanak-kanak, malah orang-orang dewasa juga
turut mempercayainya pada masa itu.
Akibat terlalu
percaya, ramai yang bertindak menebang pokok yang saiznya ada yang sampai
sepemeluk di Rantau Panjang sekitar tahun 1970an.
Kayu-kayu
tersebut dijual kepada Apek, hasil jualan walaupun tidak seberapa mampu
membantu menampung kehidupan sekeluarga seharian sehinggakan di mana ada pulai
yang besar disitulah kedengaran kapak menakir batangnya.
BANTU JANA
EKONOMI SETEMPAT
Seorang penduduk
tempatan Nawi Mohamad, 70, berkata zaman mudanya banyak melakukan kerja-kerja kampong
sebagai punca pendapatan, antaranya menebang pokok pulai.
Pokok pulai atau nama saintifiknya Alstonia angustiloba Miq termasuk dalam kelompok kayu ringan, mudah
digergaji dan dikeringkan. Sifat kayunya lembut tapi kuat, tidak sesuai dijadikan komponen untuk membuat
rumah.
“Masuk setiap
pelusuk cari pokok pulai, tebang, jual kepada Apek. Tak susah nak dapat, minta
saja dengan tuan tanah, dia bagi percuma saja”, kata Nawi.
Nawi berkata
dengan adanya kedai membuat terompah kehidupannya sedikit selesa
kerana jarang orang berani melakukan kerja menebang dan memotong menggunakan
kapak.
“Kayu yang telah
dipotong akan dimasukkan ke dalam kereta sorong dan ditarik ke pekan, kalau
jauh sangat taukey akan sewa van untuk angkutnya ke kedai”, katanya lagi.
Kejayaan Apek
Terompoh menjadi pencetus ide kepada rakannya yang juga berbangsa Cina, lebih
gemar dipanggil Awang untuk menceburkan diri dalam industri memproses kacang tanah.
Sumber bahan mentahnya
banyak diperolehi di sekitar Kampung Kuala Itek dan Kok Pauh samada membeli
atau memawahkan kepada petani-petani di situ.
Kacang prosesnya
mula mejelajah ke pelusuk negeri, namanya juga turut berubah kepada AWANG
KACANG dengan jenama perniagaan Ban Lee Bei.
Pusat operasinya
bermula di rumah kedai papan sebelah hulu pasar (sekarang Kedai Nasi Syed),
selepas deretan rumah kedai berkenaan terbakar ia diganti dengan Bangunan MARA.
Awang meneruskan perniagaanya dengan membuka kilang di Kampung Sering, Pulau Melaka dan nama Ban Lee Bei masih kekal sampai ke hari ini.
Awang meneruskan perniagaanya dengan membuka kilang di Kampung Sering, Pulau Melaka dan nama Ban Lee Bei masih kekal sampai ke hari ini.
Sesungguhnya bumi
Rantau Panjang amat memerlukan aktiviti industri kecil sederhana seperti ini bagi memangkin pertumbuhan
sosio ekonomi penduduknya. Tanpanya Rantau Panjang akan terus ketinggalan dan
tahap kehidupan di sini akan terus begini sekalipun negara telah mencapai
status negara maju. – HUSIN ALBI
Comments
Post a Comment