BUDAK BERMAIN KOTAK MENEMPA NAMA…
Deretan tong-tong ‘bitumen’ di hadapan kedai papan di Rantau Panjang pada satu ketika dulu berperanan mendidik masyarakat setempat akan erti kebersihan.
Tong
atau disebut juga ‘legel’ menjadi tempat membuang sampah yang disediakan oleh
Majlis Tempatan Rantau Panjang (MTRP) atau ‘Local Council’ kepada masyarakat
setempat.
Siapa
sangka tong besi yang berwarna hitam atau merah itu ada peminatnya, setiap pagi
Jumaat ia menerima kunjungan pengunjung setianya sekitar tahun 1960an dan
1970an.
Bukan ‘Mek Som’ dari seberang, tapi
kali ini dari ‘Budak-budak Kotak’, yang menghabiskan masa cuti sekolah hujung
minggu mencari sesuatu bagi mengisi masa terluang.
Kadang-kadang mereka akan berdepan
dengan watak ‘Pok Sin’ bermisai tebal yang tersembul perkataan, “Haaaaa lember
doh!!! Budok niiiiiii. Balik! Balikkkkkk. Aku bedal dengan kayu ni ker”
Tong bitumen yang dijadikan tong samapah |
KECUT PERUT
Penduduk
tempatan Osman Abdullah, 65, mengakui memangnya kecut perut bila berdepan
dengan Pok Sin, pekerja am MTRP yang ditugaskan mengutip sampah tersebut setiap
petang kecuali Jumaat.
“Orangnya
cepat mesra, rajin, setia dengan kereta tolak kayu menggunakan roda motosikal.
Tak pernah rasa malu dengan kerja yang dilakukannya.
Bila lihat dia tarik
kereta tolak penuh sampah, teringat penarik beca yang jalan kaki dan berlari
mengangkut penumpang”, kata Osman.
Dia
yang juga merupakan salah seorang daripada ‘Budak Kotak-kotak’ berkenaan
berkata, kotak kertas besar adalah barangan utama yang dicari.
Tong sampah yang terletak di hadapan
kedai I Am Waheed Hassan, KA Mohamad Sultan dan Sin Chong menjadi tumpuan.
“Terbalikkan
tong, tarik kotak, mata terbeliat apabila ada buah topoh (epal) tubik sekali.
Pakat berebut badi der”, katanya sambil tersenyum mengingat kenangan silam.
ALAS PUNGGUNG
Sambil
mengunyah buah topoh mereka membawa kotak kertas yang tebal menuju ke landasan keretapi
berhampiran kira-kira 500m jaraknya.
Bukan
untuk dijual tetapi sebagai pengalas punggung menuruni cerung tebing keretapi
yang curam serta bercampur batu landasan, itulah aktiviti mereka pada hujung
minggu.
Salim
Awang, 51, berkata ada dua tempat menjadi tumpuan, sebelah kiri mengadap Kg.
Kedai Lama dan sebelah kanan mengadap
Padang Sekolah Cina.
“Main
gelosor tak kira laki-laki atau perempuan, itulah aktiviti riadah. Satu-satunya
taman permainan yang tersedia ada pada masa itu. Masa tu tak payah kerajaan nak
cari tanah untuk bina tempat budak-budak bermain
Macam
pesta kalau hari Jumaat, bukan budak-budak saja, mak bapak pun ada sekali
menemani anak-anak mereka bergelongsor. Sini banyak mengajar erti ketabahan,
bila terbabas kepala lutut dan kaki berdarah terkena batu landasan. Gelosor
tetap diteruskan, itulah kelebihan, semangat waja dan tak lembik”, katanya.
MENEMPA NAMA
Pengalaman
dengan kotak kertas dan gelongsor tebing mengajar anak-anak jati ketika itu
menjadi tabah dan sanggup menempuh apa jua halangan mendatang.
Ramai
di antara mereka mengorak langkah dan mencipta nama menjulang nama Rantau
Panjang dalam pelbagai bidang.
Kelab
Sukan Rantau Panjang, digeruni lawan dalam sukan bolasepak samada peringkat
negeri atau kebangsaan.
Pencapaian di peringkat negeri
pernah menjadi juara Divisyen Satu Liga KAFA dan beraksi dalam pertandingan
Piala FAM di peringkat kebangsaan.
Walaupun
sekadar jaguh kampong ianya amat digeruni oleh pasukan luar dari Lembah Kelang
ketika itu seperti Kelab Sultan Sulaiman, PKNS dan lain-lain lagi.
Pasukan bolasepak Kelab Sukan Rantau Panjang |
TOKOH TERNAMA
Sementara
dalam bidang keselamatan negara nama-nama berikut sudah tidak asing lagi
seperti Brig Jen Datuk Mohamad Ramli Jaafar (Panglima Briged Sempadan), Mej Jen
Datuk Paduka Ghazali Ibrahim (Komanden Gerak Khas), Allahyarham Lt Jen Datuk
Mohamed Taib (Ketua TUDM), Datuk Zaman Khan (Bekas Pengarah Siasatan Jenayah
PDRM Bukit Aman) dan Mej Jen Datuk Mat Yasin Daud.
Dari kiri: Ramli, Mohamed dan Zaman |
Manakala
sektor korporat pula menampilkan tokoh-tokoh Datuk Shaari Mat Hussein (Seraya
Resources), Datuk Sidek Awang (Sidek, Teoh, Wong & Dennis), Datuk Roshaimi Razak, Mohd Nordin Nor
(Wan Haron Shukri & Nordin), Nablan Yusoff (International Islamic Research
Academy).
Dari kiri: Ghazali, Sidek dan Nablan |
Legenda
‘Budak-budak Bermain Kotak’ akan terus terpahat di bumi Rantau Panjang dan
selama-lama berada di situ. Bersedia meneruskan kesinambungan bagi mereka yang
ingin menerokainya. - HUSIN ALBI
Comments
Post a Comment